Demi masa...Sesungguhnya manusia dalam kerugian..

Friday, December 4, 2009

Kartun: Melayu @ Barat?



Dah nama pun budak, mestila minat tengok kartun. ye dak? Teman perasan le...budak-budak sekarang ni bukan main minat sangat dengan kartun-kartun yang ditayang kat tv. Sampaikan mak bapak pun terpaksa beralah asalkan si anak x mgamuk. Jangan kata anak orang, anak teman yang baru masuk 2 tahun tu pun dah ketagih tengok upin-ipin. Yang sepupu nye pulak suka sgt tengok Ben 10. Nape diorang boleh beza minat pulak?

Bagi teman le..sebagai seorang ibu, timbul konflik jiwa berhubung minat budak-budak terhadap kartun dan pemilihan rancangan kartun yang bersesuaian dengan jiwa anak-anak kita. Nak tengok kartun Melayu atau kartun omputih? Malah, timbul gak persoalan, apa pro & kontra yang anak-anak kita dapat dalam kartun-kartun tadi. Sebab teman tengok ada gak kartun yg membawa faedah.

So..cemana sekarang? Nak pilih kartun yang mana? Melayu atau Barat? Setakat ni..teman masih control n pantau perkembangan minat anak teman terhadap kartun. Apa yg teman dapat lihat, anak teman memang kurang gemar nengok kartun yang ganas-ganas n merepek. Tapi lebih terdorong kpd kartun yg berkaitan dirinya dan persekitarannya. Seperti Upin-ipin, suasananya kampung dan watak2 yg menarik menjadikan rancangan ini pilihan utama anak teman. Selain itu, teman mendedahkan anak teman dengan rancangan yg lebih informatif.
So, kesimpulannya...zaman moden ni sememangnya menjadi cabaran besar kepada ibu bapa, terutama yang bekerja kerana tidak dapat mengawal pergerakan anak-nak sepenuhnya. Tambahan pula pengaruh luar pula semakin mengasak jiwa anak-anak kita. Terserahlah kpd kita menentukan baik buruk pendedahan yg dibuat kpd anak-anak.

No comments: