
Walaupun gempa yang dirasai oleh penduduk Kuala Pilah dikatakan ‘lemah’ namun hakikatnya ia cukup untuk ‘melemahkan semangat’ kita kerana bencana alam tidak mengira tempat dan masa. Memandangkan Malaysia dikelilingi negara yang berisiko seperti Indonesia dan Filipina, maka amat wajar seluruh rakyat negara ini berwaspada dengan sebarang kemungkinan.
Ada kebarangkalian kita akan turut menerima tempiasnya. Buktinya, beberapa siri gempa bumi di Indonesia sebelum ini turut menggegarkan bumi Malaysia. Pada waktu itu, sesiapa yang bekerja dalam bangunan tinggi pasti merasai 'goyangannya'. Silap haribulan mampu memeningkan kepala. Cukuplah sekadar memeningkan kepala dan jangan sampai tergadai nyawa dan harta benda.
Jadi..apa tindakan kita sebagai rakyat? Sewajarnya semua pihak berwaspada, tidak leka dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa. Malah, segala arahan dari pihak berwajib perlu diberi perhatian kerana 'malang sememangnya tidak berbau'.
3 comments:
bukan setakat lagu dangdut.. lagu ice ice baby pun dh masyuk bile bc artikel nie.. eeee.. gerun!!!
Masa dekat Jepun dulu mmg selalu rasa gempa sederhana jer lh mcm dekat k. Pilah ni...diorg punya preparation memang tip top...murid sekolah rendah, menengah, pekerja...kalo dengar bunyi loceng mmg diorg buat sungguh2walau pun masa latihan kebakran untuk gempa ke...gempa bumi ker...mmg kalo org Malaysia tak leh nak lawan lah semngat diorg...termasuk aku...tp kalo dh terpaksa hero tetap hero beb...hahahahahaha...
ice ice baby tak per...jgn amek ice terus sudah...yer nilamsari...
setujuu...rakyat kita mmg kurang kesedaran sivik..dah tkena baru tgadah..btoi ke pepatah ni?
Post a Comment