Demi masa...Sesungguhnya manusia dalam kerugian..

Friday, December 4, 2009

Dag..Dig..Dug..

Ha..ingat lagi tak lagu dangdut ni. Entah siapa penyanyinya tp yg teman ingat hanya korusnya aje. Hehehe xpelah kali ni bukan nak berdangdut tapi hati teman dh mula ber`dag..dig..dug..' bila terbaca satu artikel dalam Berita Harian hari 1 Dis lalu, yang bertajuknya ‘Gempa Bumi di Kuala Pilah’. Berita nie cukup mendebarkan hati teman.




Walaupun gempa yang dirasai oleh penduduk Kuala Pilah dikatakan ‘lemah’ namun hakikatnya ia cukup untuk ‘melemahkan semangat’ kita kerana bencana alam tidak mengira tempat dan masa. Memandangkan Malaysia dikelilingi negara yang berisiko seperti Indonesia dan Filipina, maka amat wajar seluruh rakyat negara ini berwaspada dengan sebarang kemungkinan.

Ada kebarangkalian kita akan turut menerima tempiasnya. Buktinya, beberapa siri gempa bumi di Indonesia sebelum ini turut menggegarkan bumi Malaysia. Pada waktu itu, sesiapa yang bekerja dalam bangunan tinggi pasti merasai 'goyangannya'. Silap haribulan mampu memeningkan kepala. Cukuplah sekadar memeningkan kepala dan jangan sampai tergadai nyawa dan harta benda.

Jadi..apa tindakan kita sebagai rakyat? Sewajarnya semua pihak berwaspada, tidak leka dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa. Malah, segala arahan dari pihak berwajib perlu diberi perhatian kerana 'malang sememangnya tidak berbau'.

Kartun: Melayu @ Barat?



Dah nama pun budak, mestila minat tengok kartun. ye dak? Teman perasan le...budak-budak sekarang ni bukan main minat sangat dengan kartun-kartun yang ditayang kat tv. Sampaikan mak bapak pun terpaksa beralah asalkan si anak x mgamuk. Jangan kata anak orang, anak teman yang baru masuk 2 tahun tu pun dah ketagih tengok upin-ipin. Yang sepupu nye pulak suka sgt tengok Ben 10. Nape diorang boleh beza minat pulak?

Bagi teman le..sebagai seorang ibu, timbul konflik jiwa berhubung minat budak-budak terhadap kartun dan pemilihan rancangan kartun yang bersesuaian dengan jiwa anak-anak kita. Nak tengok kartun Melayu atau kartun omputih? Malah, timbul gak persoalan, apa pro & kontra yang anak-anak kita dapat dalam kartun-kartun tadi. Sebab teman tengok ada gak kartun yg membawa faedah.

So..cemana sekarang? Nak pilih kartun yang mana? Melayu atau Barat? Setakat ni..teman masih control n pantau perkembangan minat anak teman terhadap kartun. Apa yg teman dapat lihat, anak teman memang kurang gemar nengok kartun yang ganas-ganas n merepek. Tapi lebih terdorong kpd kartun yg berkaitan dirinya dan persekitarannya. Seperti Upin-ipin, suasananya kampung dan watak2 yg menarik menjadikan rancangan ini pilihan utama anak teman. Selain itu, teman mendedahkan anak teman dengan rancangan yg lebih informatif.
So, kesimpulannya...zaman moden ni sememangnya menjadi cabaran besar kepada ibu bapa, terutama yang bekerja kerana tidak dapat mengawal pergerakan anak-nak sepenuhnya. Tambahan pula pengaruh luar pula semakin mengasak jiwa anak-anak kita. Terserahlah kpd kita menentukan baik buruk pendedahan yg dibuat kpd anak-anak.

Thursday, December 3, 2009

Musim buah datang lagi..


Balik kampung aritu kitorang anak beranak sakan makan buah durian, rambutan, dokong, pisang emas, cempedak.. sume ni ambik kat kebun teman kt bt kurau.. kebun ni adalah hasil penat lelah adik-beradik teman yg suke sgt menanam dan berkebun, especially abang teman..
Apapun, memang berbaloi dan bermakna bila dapat merasa hasil tanah sendiri..yg penting sumenya sedap n manis2 belaka..alhamdullilah rezeki Allah nie.
Ha cuba tengok sebelah... ni la gaya abah afiya jadik hero malaya. dah tahu anaknye suka sgt buah (favourite afiya rambutan), maka si abah le kena angkut buah-buahan tu...abah nampak macho ar..

uummmmuaahhh!!!!


16 nov 2009..
afiya genap 2 tahun.
makin banyak cerita afiya nie..




afiya maisarah..
anugerah terindah abah n ibu.

Saya budak baru belajar...

Bismillah...
Hari ni baru belajar create blog. Slalu surf blog orang je. Tapi kali ni dpt peluang belajar buat blog sendiri..Sonok gak.

Nak sembang lebih lanjut? klik sini